Portimao: Max Verstappen hanya mampu meletakkan jentera Mercedes Nombor 3 Team Verstappen di petak ke-15 pada sesi kelayakan pusingan Cabaran Dunia GT Eropah di Portimao.

Juara dunia Formula Satu (F1) empat kali itu membuat penampilan sulung dalam kategori berkenaan hujung minggu ini selepas perlumbaan Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA (WEC) di Barcelona menyebabkan Joules Gounon dan Dani Juncadella tidak dapat menyertai barisan pemandu jentera Nombor 3.

Krew Nombor 3 menamatkan sesi latihan bebas pertama (FP1) di kedudukan ke-20 sebelum melonjak ke tangga keempat pada FP2, sekali gus memberikan petanda positif menjelang sesi kelayakan.

Bagaimanapun, sesi kelayakan selama 65 minit itu tidak berjalan lancar buat Team Verstappen apabila mereka gagal memperbaiki kedudukan melebihi tempat ke-15 dalam ketiga-tiga segmen.