MUAR: Seorang wanita yang baru beberapa bulan bercerai, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki di sebuah hotel di daerah ini, semalam.

Wanita berusia 20 tahun itu ditahan bersama dua lelaki, masing-masing berusia 25 dan 18 tahun pada jam 11.05 malam dalam operasi berkala JAINJ di sekitar bandar ini.

Menurut JAINJ, penguat kuasa menunggu kira-kira tujuh minit sebelum pintu bilik berkenaan dibuka seorang lelaki yang memakai baju T dan seluar panjang.

"Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri sebelum memasuki bilik untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Ketika pemeriksaan dilakukan, keadaan bilik didapati gelap dan hanya diterangi cahaya dari lampu bilik air.