KUCHING: Pengoperasian taman asuhan kanak-kanak (TASKA) ketika jerebu di beberapa negeri yang menyaksikan sekolah ditutup masih diteruskan buat masa ini, namun pengusaha dinasihatkan tidak membenarkan kanak-kanak melakukan sebarang aktiviti di luar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementeriannya setakat ini tidak mengeluarkan arahan penutupan TASKA berikutan kebanyakan operasi berkenaan dijalankan di dalam bangunan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha TASKA perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya negeri terbabit mengarahkan sekolah ditutup berikutan keadaan jerebu yang membimbangkan.

"Untuk TASKA, kebanyakannya berada di dalam bangunan dan setakat ini kita tidak mengeluarkan sebarang arahan atau deklarasi supaya ditutup.