Dengan berat hati, Marliza Ibrahim, 48, akhirnya memaklumkan berita kematian adiknya, Norhazwani Ibrahim, 35, kepada dua anak mangsa yang berusia lima dan enam tahun, pagi tadi.

Norhazwani dipercayai dibunuh suami di sebuah rumah kakitangan kerajaan di Jalan Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Marliza bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar kematian adiknya dan hanya memberitahu dua anak saudaranya bahawa ibu mereka sakit.

"Pagi tadi saya beritahu ibu dah tiada. Bila ditanya mengapa, saya hanya menjawab kerana sakit.