KUCHING: Pilihan Raya Negeri ke-13 Sarawak (PRN Sarawak) berkemungkinan diadakan Disember ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap bergantung kepada keputusan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Abdul Karim berkata, penggal DUN Sarawak akan berakhir secara automatik selepas tempoh genap lima tahun pada Februari 2027.
"Apabila DUN dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah undang-undang pilihan raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.










