SHAH ALAM: Pelakon Redza Rosli menyimpan hasrat mengembangkan kerjaya ke layar perak jika diberi peluang, sekaligus membuktikan kemampuan lakonannya menerusi naskhah yang lebih besar.

Redza berkata, membintangi filem menjadi antara impian yang ingin direalisasikan dalam perjalanan seninya. Bagaimanapun, jadual kerja yang padat menyebabkan peluang untuk menyertai produksi filem masih belum kesampaian.

"Berlakon filem sememangnya antara matlamat saya. Setakat ini, saya masih belum berpeluang, mungkin disebabkan jadual kerja yang padat sehingga tidak dapat terima tawaran berlakon filem.

"Saya berharap suatu hari nanti, jika ada rezeki untuk tembusi layar perak, insya-Allah saya akan beri yang terbaik.