PETALING JAYA – Trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan sesak sepanjang 12 kilometer (km) dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar hari ini susulan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan serta sebuah lori membawa muatan ayam yang terbalik.

Astro Radio Trafik dalam perkongsian di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 421.1 apabila lori berkenaan dilaporkan menghalang lorong kanan, tengah dan kiri, sekali gus menyebabkan aliran trafik di laluan itu terjejas.

Sementara itu, menerusi perkongsian video oleh pengguna Threads @eydahhhhhhhh, memaparkan keadaan ayam yang dibawa lori berkenaan bersepah di atas lebuh raya.

“Aku ni rakam pun tak pandai, nak bagi info pun tak pandai, baru je jadi ni. Semoga dipermudahkan urusan, sumpah tak tahu weh aku duk jalan mana ni, lebuh raya PLUS (Lebuh Raya Utara-Selatan) selepas R&R Rawang je yang aku tahu,” katanya.