am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rapid KL memaklumkan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kajang, di Stesen Bukit Bintang, sedang mengalami peningkatan jumlah penumpang dan menyebabkan kesesakan.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan sebab situasi itu berlaku.

"Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan penumpang, kawalan kemasukan dan aliran penumpang sedang dilaksanakan di stesen-stesen terbabit," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, kesesakan berkenaan turut memberi kesan besar kepada pengguna di stesen lain, termasuk Stesen Bangsar yang menyaksikan ramai penumpang terkandas.