sukan@hmetro.com.my

Seremban: Skuad Negeri Sembilan berhasrat untuk menamatkan penantian 11 tahun dengan membawa trofi Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2026 ke Seremban bagi kejohanan edisi tahun ini selepas kali terakhir pasukan itu merangkul kejuaraan berprestij berkenaan pada 2015.

Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan dengan pasukan Bomba FC di pentas final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Ketua jurulatih pasukan itu, Haswanis Che Hassan berkata, ini adalah peluang terbaik buat anak buahnya untuk menterjemahkan misi itu selepas mempamerkan prestasi cemerlang daripada peringkat awal saingan dan sehingga berjaya melepasi halangan peringkat separuh akhir.