MANCHESTER: Manchester City meraih wang hadiah kejohanan UEFA hampir £370 juta (RM2 bilion) sepanjang musim yang terpalit dengan pertuduhan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disahkan terhadap mereka.
Suruhanjaya bebas menghabiskan masa hampir dua tahun meneliti bukti berkaitan sumber dana serta pembayaran luar buku akaun kepada pengurus dan pemain dalam tempoh antara musim 2008/09 hingga 2017/18.
The Cityzens menjana hampir £370 juta (RM2 bilion) daripada wang hadiah UEFA sepanjang sembilan musim mereka melanggar Peraturan Kewangan EPL.
City didapati bersalah atas lebih 100 pertuduhan dan berdepan hukuman yang belum pernah terjadi sebelum ini sekiranya gagal membatalkan keputusan itu menerusi proses rayuan.










