KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan meneliti kesesuaian mekanisme residual payment atau perkongsian hasil bagi karya audiovisual di negara ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata ia bertujuan memastikan pelakon terus menerima manfaat ekonomi yang munasabah setiap kali karya membabitkan persembahan mereka dieksploitasi secara komersial selepas tayangan pertama, termasuk melalui siaran ulangan televisyen, platform penstriman dan pasaran antarabangsa.

"Penelitian yang dijalankan akan mengambil kira tiga aspek utama iaitu perundangan, struktur ekosistem industri kreatif, serta amalan platform penstriman dan pengedar antarabangsa.