Sektor kreatif menyumbang 6.8% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2024. (Gambar Envato Elements)

KUALA LUMPUR: Ekonomi kreatif atau 'ekonomi jingga' menjadi antara fokus utama Kementerian Komunikasi dalam cadangannya bagi Belanjawan 2027, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata kementerian itu bukan sahaja memberi perhatian kepada program sedia ada di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan jabatan lain, malah mahu meneroka bidang baharu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kita juga melihat kepada satu bidang baharu iaitu ekonomi jingga atau ekonomi kreatif, memandangkan kita sudah menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga yang akan melihat kepada pembangunan ekonomi kreatif meliputi filem, animasi, muzik serta seni dan budaya,” katanya.