GUA MUSANG - Hasrat beberapa individu menyelesaikan perselisihan mengenai pembuangan kepingan jubin pecah dan kerosakan kamera litar tertutup (CCTV) bertukar kecoh apabila seorang lelaki mengeluarkan pedang sebelum melibas dua lelaki di sebuah stor getah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu menyebabkan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 40 tahun mengalami kecederaan.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika beberapa individu sedang berbincang bagi menyelesaikan perselisihan berkaitan pembuangan kepingan jubin pecah dan kerosakan CCTV di kawasan stor berkenaan."Semasa perbincangan, seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai cuba mengeluarkan sebilah pedang yang diselitkan di belakang badannya."Salah seorang mangsa cuba menghalang tindakan tersebut sebelum berlaku pergelutan dan suspek bertindak melibas pedang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Choon Foo memberitahu, mangsa pertama mengalami luka kira-kira 18 sentimeter pada bahagian pipi kiri, manakala mangsa kedua mengalami luka kira-kira lima sentimeter pada bahagian lengan kanan.Ujarnya, seorang daripada mangsa masih menerima rawatan di hospital.Tambah beliau, suspek cuba melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.Beliau memberitahu, pihaknya turut merampas sebilah pedang bersarung kayu dan sebilah pisau bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak agresif atau menggunakan senjata dalam menyelesaikan sebarang perselisihan."Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara aman atau dilaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Dua lelaki cedera dilibas guna pedang

Key takeaways
Dua lelaki cedera dilibas pedang semasa perselisihan di sebuah stor getah.
- Kejadian berlaku semasa perbincangan menyelesaikan perselisihan.
- Seorang lelaki berusia 27 tahun mengeluarkan pedang dan melibas dua mangsa.
- Suspek ditahan orang awam dan pedang dirampas untuk siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Khianat guna cat, lelaki upahan ah long didenda RM9,000
- Sinar Harian Dua lelaki cedera dilibas guna pedang (this story)









