MIRI: Seorang eksekutif syarikat dihukum penjara tujuh tahun, denda RM20,000 dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Miri selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang syarikat berjumlah lebih RM254,000.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kejadian bermula pada 18 September lalu apabila pengurus besar sebuah syarikat menyerahkan sejumlah wang kepada lelaki tempatan berusia 36 tahun itu kira-kira jam 8 pagi.

"Wang itu diserahkan kepada tertuduh bagi tujuan membayar gaji pekerja syarikat di kawasan Lapok, Long Jeeh dan Bario.

"Bagaimanapun, tertuduh tidak menggunakan wang itu untuk tujuan berkenaan, sebaliknya menyalahgunakannya bagi kegunaan peribadi termasuk aktiviti perjudian dalam talian," katanya dalam kenyataan.