JAKARTA: Kekecewaan gagal ke final sudah diterima, kini Tan Cheng Hoe mahu Harimau Malaya segera bangkit dengan fokus beralih kepada satu misi terakhir, menewaskan Vietnam dalam penentuan tempat ketiga dan keempat Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Isnin ini.

Walaupunn kemenangan 6-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Khamis lalu tidak cukup untuk membawa Malaysia ke final, Cheng Hoe melihat keadaan pasukannya ketika ini dari sudut yang lebih positif.

Malah, pengendali interim Harimau Malaya itu percaya tiga aksi terakhir memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan anak buahnya, terutama dari segi ketahanan pertahanan dan keupayaan menghasilkan jaringan.