puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Mhia Firdaus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelakon Melayu pertama menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Sayang Sayang pada Anugerah Golden Horse ke-63, November depan.
Menerusi hantarannya di Instagram, Mhia, 20, mengakui teruja dan menyifatkan pencalonan itu sebagai satu penghormatan terbesar dalam kerjaya lakonannya.
"Masih cuba memproses semua (pencalonan) ini. Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana tercalon untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-63.
"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan untuk diri sendiri dan saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang ini," tulisnya.










