am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Jururawat yang ditikam enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini, Isnin lalu, kini dalam keadaan stabil.

Anak perempuan sulungnya, yang mahu dikenali sebagai Amirah, 19, berkata, ibunya mulai sedar semula petang semalam tetapi masih berada di bawah pemerhatian rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Menurut doktor, keadaan ibu saya sudah mula stabil hari ini, tetapi dia masih memerlukan pemantauan rapi oleh pihak hospital.

"Adik-beradik saya dan ahli keluarga yang lain bergilir-gilir menjaganya di hospital," kata pelajar yang juga anak sulung daripada tiga beradik.