KOTA BHARU - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali sehingga menyebabkan wanita itu parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini pada Selasa.Jururawat berusia 44 tahun itu dipercayai di tikam pada bahagian badan serta leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam sebelum polis menerima laporan berhubung kejadian pada malam sama.Menurut beliau, suspek berusia 47 tahun itu ditahan selepas menyerah diri kepada polis."Suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan."Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ujar beliau, pihaknya turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.
Jururawat parah ditikam suami enam kali

Key takeaways
Seorang lelaki ditahan selepas menikam isterinya enam kali di rumah mereka, menyebabkan wanita itu parah.
- Lelaki berusia 47 tahun ditahan selepas menyerah diri kepada polis.
- Wanita berusia 44 tahun menerima rawatan di hospital selepas di tikam di bahagian badan dan leher.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Jururawat parah dipercayai ditikam suami 6 kali
- Berita Harian Jururawat parah dipercayai ditikam suami enam kali
- Sinar Harian Jururawat parah ditikam suami enam kali (this story)








