WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan sistem panduan senjata bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ketika negara Teluk itu berdepan ancaman serangan dron dan peluru berpandu.

Jabatan Negara AS dalam kenyataan kelmarin berkata, penjualan itu membabitkan sehingga 10,000 unit sistem panduan Sistem Senjata Pembunuh Berketepatan Lanjutan untuk roket.

Menurut kenyataan itu, penjualan berkenaan akan meningkatkan keupayaan UAE menghadapi ancaman semasa dan masa depan, selain memperkukuh keupayaan pertahanan diri serta kebolehoperasian tenteranya dengan pasukan AS.

“Cadangan penjualan itu akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan negara AS dengan meningkatkan keselamatan rakan pertahanan utama,” menurut kenyataan itu.