ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mahu membuka lembaran baharu pada Grand Prix (GP) Indonesia hujung minggu ini selepas melalui perlumbaan mencabar di Motegi, Jepun.

Dia yang mewakili AEON Credit-MT Helmets-MSi mahu menjadikan pengalaman di Litar Motegi sebagai bekalan untuk tampil lebih kompetitif di Litar Antarabangsa Mandalika, yang menjadi pusingan kedua siri jelajah Asia Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

"Saya mahu melupakan sepenuhnya episod kemalangan di Jepun minggu lalu. Apa yang berlaku di Motegi sudah pun berlalu dan ia menjadi pengajaran berguna buat saya untuk terus melangkah ke hadapan.

"Pada minggu ini kami akan menghadapi perlumbaan di GP Indonesia di Litar Mandalika. Saya sendiri pernah berlumba di litar ini ketika menyertai Asia Talent Cup (ATC) kira-kira empat tahun lalu, jadi saya sudah mempunyai sedikit pengalaman mengenai karakter litar ini.