PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli akan diberi sokongan sewajarnya agar kecederaan tangan kiri dan bahu dialaminya di Litar Motegi, Jepun tidak berulang pada Grand Prix (GP) Motosikal Indonesia di Litar Mandalika, hujung minggu ini.
Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, beliau mahu pengalaman di Motegi menjadi pengajaran bagi mengelak pelumba itu kerap terjatuh dalam sesi latihan.
“Ini sebahagian daripada proses pembelajaran selaku pelumba baharu dan kami perlu memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi demi menjaga keselamatan serta keyakinannya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu melengkapkan aksinya pada GP Jepun di kedudukan ke-12 dan berjaya menokok empat mata, sekali gus mengumpul 105 mata untuk kekal di tangga ketujuh dalam Kejuaraan Dunia Moto3.








/file/attachments/orphans/AntennaEntertainments22_325293.png)