PETALING JAYA: Kajian mengenai pengaruh media sosial terhadap persepsi rasuah di Malaysia menjadi antara perkara utama yang dibentangkan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Pembentangan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memberi tumpuan kepada pengaruh media sosial terhadap pembentukan persepsi masyarakat terhadap isu rasuah.

Selain menjadi antara input penting dalam memperkukuhkan pendekatan pendidikan dan pencegahan rasuah yang lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Pengerusi PPPR, Datin Yasmin Ahmad Merican berkata, kepelbagaian latar belakang, kepakaran dan pengalaman ahli panel membolehkan pelbagai perspektif diketengahkan dalam membincangkan isu berkaitan pencegahan rasuah dan pelaksanaan inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC).