kartika@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Setel memperkenalkan ciri baharu berkuasa kecerdasan buatan (AI), Voice Fuelling yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya menggunakan arahan suara dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.
Ciri berkenaan yang kini dalam fasa beta menjadi evolusi kepada fungsi Pengisian One-tap, sekali gus menawarkan pengalaman mengisi minyak yang lebih mudah dan mesra pengguna menerusi arahan suara.
Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, Voice Fuelling dibangunkan bagi memenuhi keperluan pelbagai pengguna termasuk pemandu, penunggang motosikal, pengendali fleet dan pemandu e-hailing yang mahukan proses pengisian minyak lebih lancar.










