ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyediakan peruntukan lebih besar untuk sektor sukan dalam Belanjawan 2027 bagi memastikan persiapan atlet menghadapi Sukan SEA 2027 dan kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dapat dilakukan secara optimum.

Pemerhati sukan tanah air, Sadek Mustaffa berkata, keperluan itu semakin penting selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, selain pencapaian atlet negara di Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang menunjukkan potensi untuk terus dikembangkan.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat pelaburan dalam sukan secara lebih realistik, termasuk menyediakan dana mencukupi untuk program latihan, pertandingan dan persiapan atlet ke luar negara.