PORT DICKSON: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pemandu lori daripada pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, tiga tahun lalu.
Majistret Mohd Farez Rahman memutuskan demikian terhadap tertuduh, Ahmad Shah Jinan Abdul Ghani, 46, di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Shah Jinan didakwa memandu sebuah lori dengan cara berbahaya kepada orang awam di Kilometer 8 Jalan Seremban di sini, kira-kira jam 8.10 pagi pada 29 Mac 2023.
Insiden berkenaan mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Yamaha, Teh Wei Chiang.









