KUALA LUMPUR: Akuatik Malaysia (MAS) mengakui skuad renang negara perlu bekerja lebih keras selain mendapatkan kepakaran dari luar bagi meningkatkan prestasi selepas gagal meraih pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Setiausaha Agungnya, Andy Low berkata, keputusan di Pusat Akuatik Tokyo menunjukkan masih ada jurang yang perlu dirapatkan meskipun berjaya mencatat satu rekod kebangsaan dan tiga perenang melakukan catatan terbaik peribadi (PB).
Katanya, apa yang dicapai skuad renang membuktikan ada perkembangan hasil latihan dan persediaan dilakukan sebelum temasya walaupun dilabel antara empat sukan tidak menyerlah di temasya berkenaan.
"Renang memang di Sukan Asia kita selama ini pun tak ada pingat sejak 2002, satu gangsa. Itu memang sudah lama (2002 melalui Alex Lim)









