PETALING JAYA – MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menerusi penganjuran ekspo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 9 Oktober selama tiga hari.

Penganjur merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events, Boo Dickson berkata, ekspo tersebut menggabungkan tiga komponen utama iaitu pavilion perubatan dan kesihatan MySihat Expo, pameran industri wangian FRAGMANIA serta festival kulinari dan gaya hidup Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

Jelasnya, konsep tersebut diwujudkan sebagai platform sehenti yang memudahkan seisi keluarga dan orang ramai mendapatkan kesedaran mengenai kesihatan secara proaktif, meluangkan masa bersama menikmati makanan berkhasiat serta mendapatkan akses penjagaan kesihatan yang lengkap.