Serdang : MySihat Expo 2026 menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung menerusi penganjuran ekspo kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup bersepadu di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula Jumaat ini.

Menurut Penganjur merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events, Boo Dickson, ekspo tiga hari dengan kemasukan percuma itu menggabungkan tiga komponen utama iaitu pavilion kesihatan MySihat Expo, pameran wangian FRAGMANIA, dan festival kulinari Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta.

"MySihat Expo 2026 menempatkan kira-kira 200 reruai membabitkan hospital swasta, klinik dan rakan kecergasan seperti Decathlon, selain lebih 60 jenama wangian di bawah FRAGMANIA serta hingga 50 gerai makanan tempatan.