KUALA LUMPUR: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mencabar tindakan membatalkan pelantikan mereka sebagai EXCO kerajaan negeri pada 24 September lalu, memohon Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan pemecatan itu batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.
Mereka membabitkan Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah selaku
Semua plaintif memfailkan Saman Pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan.
Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 5 Oktober lalu.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
