Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dikunjungi delegasi antarabangsa daripada Altai State Pedagogical University (AltSPU), Rusia sempena pelaksanaan Program Rusia-Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan kedua-dua universiti dalam pelbagai bidang kerjasama.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menganggap kunjungan berkenaan menzahirkan kerjasama strategik sekali gus menjadi titik tolak kepada pemeteraian persefahaman yang lebih lestari.

Seterusnya memposisikan UPSI sebagai institusi peneraju dalam pertukaran ilmu, kebudayaan dan persahabatan antara Malaysia dan Rusia.

"Kunjungan delegasi AltSPU ini juga membuktikan komitmen berterusan UPSI dalam memacu agenda pengantarabangsaan dan diplomasi pendidikan di persada dunia," katanya.