SEOUL: Kapten pasukan bola sepak Korea Selatan memohon maaf kerana 'berlagak' bahawa pingat emas Sukan Asia yang dimenanginya membolehkan beliau terlepas daripada menjalani perkhidmatan tentera.
Korea Selatan menewaskan tuan rumah, Jepun, 1-0 pada final di di Toyota, berhampiran Nagoya, sekali gus merangkul gelaran Sukan Asia kali keempat berturut-turut.
Selepas perlawanan terbabit, Lee Gi-hyuk tersenyum sambil menunjukkan pingat emasnya kepada wartawan dan berkata 'saya tidak perlu masuk tentera.'
Lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan biasanya diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera antara 18 bulan hingga dua tahun sebelum mencapai usia 28 tahun.
Walau bagaimanapun, kerajaan memberi ganjaran pengecualian bagi pemenang pingat emas Sukan Asia dan sebarang pingat Olimpik.










