GEORGE TOWN: PEN SJ Electronics Sdn Bhd komited melabur lebih AS$70 juta (RM285 juta) untuk membangunkan kemudahan pengeluaran bahan pembungkusan termaju dan penyelesaian pengurusan haba di Pulau Pinang, yang dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata syarikat itu telah menandatangani perjanjian pajakan dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi sebuah kemudahan di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP3), yang akan mengeluarkan bahan antara muka terma (TIM) pada fasa pertama operasinya.
Beliau berkata, pada fasa kedua, syarikat itu akan memperluas pengeluaran kepada penyebar haba bersepadu bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan dan global.










