KUALA LUMPUR: Semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini EXCO Kerajaan Negeri Sembilan hanya dilarang memasuki bilik EXCO selepas mereka dipecat daripada jawatan itu pada 24 September lalu yang menyebabkan mereka bukan lagi anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, mereka masih boleh memasuki bangunan kerajaan negeri atas kapasiti wakil rakyat dan menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN bagi melunaskan urusan harian terutama bagi membantu pengundi masing-masing.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata larangan itu turut bermakna bekas EXCO berkenaan tidak dibenar memasuki bilik masing-masing termasuk untuk mengambil barangan peribadi yang ditinggalkan di pejabat berkenaan.