KUALA LUMPUR - Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 yang dijadual diserahkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Disember tahun ini ditangguhkan kepada April tahun depan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kegagalan tersebut susulan kontraktor, Lumut Naval Shipyard (Lunas), memberi tarikh baharu penyerahan pada April 2027.Menurut beliau, kelewatan berkenaan berlaku susulan beberapa kerja pembinaan yang masih belum diselesaikan oleh pihak kontraktor dan memberi kesan berantai kepada proses seterusnya."Saya telah dimaklumkan oleh kontraktor mereka tidak boleh melunaskan komitmen dan jaminan asal mereka sebelum ini bahawa LCS 1 boleh diserahkan pada bulan Disember 2026."Sebaliknya Lunas telah memberi tarikh baharu bahawa LCS 1 dijangka dapat diserahkan pada April 2027, iaitu kira kira enam bulan daripada sekarang."Di pihak Mindef mewakili Angkatan Tentera (ATM) dan Tentera Laut Diraja (TLDM), kita sangat dukacita kecewa dan tidak selesa dengan prestasi pembinaan LCS yang dipertanggungjawabkan kepada Lunas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 peringkat kementerian di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, peranan kementeriannya dalam projek kapal berkenaan adalah sebagai pelanggan, bukannya kontraktor yang bertanggungjawab membina kapal tersebut.Beliau berkata, semua pihak harus memahami perkara tersebut dan tidak meletakkan kesalahan kepada kementeriannya semata-mata."Kita harus faham Kementerian Pertahanan adalah pelanggan, bukannya kontraktor. Kita tidak membina kapal itu."Perubahan tarikh penyiapan dan kelewatan ini adalah sesuatu yang sememangnya memberi kesan kepada kesiagaan ATM dan juga pertahanan negara," katanya.
Khaled Nordin kecewa penyerahan LCS 1 dilewatkan ke April tahun depan

Key takeaways
Kapal Tempur Pesisir LCS 1 ditangguhkan penyerahannya ke April 2027 kerana pekerjaan yang belum selesai oleh kontraktor.
- LCS 1 dijadual diserahkan pada April 2027, bukan Disember 2026.
- Kementerian Pertahanan menyatakan kekecewaan terhadap prestasi kontraktor.
- Kementerian bertindak sebagai pelanggan, bukan kontraktor dalam projek ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia LCS tetap dilengkapi persenjataan – Mohamed Khaled
- Berita Harian Tuntutan ganti rugi pembatalan NSM sukar - Khaled Nordin
- Sinar Harian Khaled Nordin kecewa penyerahan LCS 1 dilewatkan ke April tahun depan (this story)









/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)