KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menyifatkan usaha untuk mendapatkan ganti rugi susulan pembatalan perolehan peluru berpandu 'Naval Strike Missile' (NSM) sebagai suatu proses yang sukar dan panjang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia berikutan pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Norway untuk membantu menyelesaikan isu berkenaan walaupun negara itu didakwa menjadi punca kepada masalah terbabit.
"Kita sudah mengemukakan permintaan supaya mereka membantu melalui pelbagai peringkat, termasuk Perdana Menteri, Menteri Luar dan saya sendiri.
"Namun, mereka langsung tidak membantu kita dalam usaha mendapatkan keputusan yang dapat memberi serta melindungi hak dan kepentingan kita.








/file/attachments/orphans/FootballAssociationofMalaysia1_867551.png)
