KOTA TINGGI: Penghantaran pulang aset serta seluruh anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan.
Ia susulan berakhirnya mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan yang dilaksanakan menerusi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), berakhir pada 31 Disember ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata aset fizikal dan peralatan ketenteraan MALBATT akan mula dibawa pulang menggunakan laluan laut bermula 17 Januari depan.
Katanya, pergerakan pulang anggota pengaman pula akan dijalankan menerusi beberapa penerbangan berasingan bermula awal bulan sama.
"Kita sedia maklum kehadiran tentera Malaysia di Lubnan bermula 2007, pada mulanya pada skala kecil, kemudian pada 2013, kita dapat kelulusan PBB untuk meningkatkan kehadiran kita kepada satu batalion.










