Proses pengunduran anggota Malbatt dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa penerbangan, disusuli dengan kepulangan aset ketenteraan menggunakan laluan laut bermula pada 17 Jan. (Gambar Bernama)

KOTA TINGGI: Semua anggota Batalion Malaysia (Malbatt) yang kini bertugas di Lubnan dijangka mula pulang ke tanah air pada Januari 2027, susulan penamatan mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) pada akhir tahun ini.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata proses pengunduran anggota berkenaan akan dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa penerbangan, disusuli dengan kepulangan aset ketenteraan menggunakan laluan laut bermula pada 17 Jan.

Beliau berkata semua batalion yang beroperasi di Lubnan dijadualkan menamatkan penugasan masing-masing pada akhir Disember ini selaras dengan berakhirnya mandat misi berkenaan.