Iskandar Abdul Samad persoal isu dibangkitkan Mahfuz Omar memandangkan Pakatan Harapan (PH) menerima Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menolak gesaan supaya parti itu menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU16.

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad berkata persoalan itu terlalu awal dan belum dibincangkan dalam parti serta hanya andaian bekas pemimpin DAP Ong Kian Ming yang kini penganalisis politik.

Sehubungan itu, beliau menekankan tiada keperluan untuk melayan gesaan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar yang membangkitkan isu berkenaan berdasarkan ramalan Ong.