Rapid KL memaklumkan setakat 11 pagi tadi, aliran trafik dan pergerakan penumpang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berada dalam keadaan lancar dan terkawal. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Rapid KL meningkatkan penyelarasan perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) susulan maklum balas penumpang berhubung perjalanan ke lokasi berkenaan, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, pengendali pengangkutan awam itu memaklumkan perkhidmatan bas perantara dilaksanakan seperti yang dirancang, selaras dengan aturan operasi yang dipersetujui bersama dengan pihak penganjur.

"Susulan maklum balas yang diterima, Rapid KL bersama-sama pihak SIC serta agensi berkaitan telah membuat penambahbaikan terhadap aturan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.