KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan prestasi relatif stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang rakan dagangan utama pada suku ketiga 2026, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif serta pelaksanaan pembaharuan struktur secara berterusan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata ringgit menyusut sedikit sebanyak 0.2 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2026, lebih baik berbanding penurunan 0.8 peratus pada suku kedua lalu.

Beliau berkata, bagi tempoh awal tahun hingga 16 November 2026, ringgit mencatatkan penyusutan 0.8 peratus berbanding dolar AS, manakala prestasinya berbanding mata wang rakan dagangan utama yang diukur menerusi Kadar Pertukaran Efektif Nominal (NEER) susut 0.5 peratus.