JITRA: Baru seminggu keluar penjara, seorang lelaki memecah masuk sebuah kilang sebelum melarikan pikap di Taman Kempas, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata suspek 31 tahun diberkas selepas dikejar dan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan bagi menghentikan tindakannya.

Polis menerima laporan jam 10.20 pagi selepas pekerja kilang menyedari premis di Taman Perindustrian Ringan, Taman Kempas Utama, dipecah masuk kira-kira jam 7.50 pagi.

"Susulan laporan diterima, kira-kira jam 5.30 petang hari sama, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menjalankan rondaan di Sungai Lalang terserempak sebuah pikap yang sepadan dengan kenderaan dilaporkan hilang.