Jitra: Baru seminggu dibebaskan dari penjara, seorang lelaki kembali melakukan jenayah apabila dipercayai memecah masuk sebuah kilang sebelum melarikan pikap bernilai RM80,000 di Taman Kempas, Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 31 tahun diberkas selepas dikejar polis yang terpaksa melepaskan tiga das tembakan bagi menghentikan tindakannya.
Beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 10.20 pagi selepas pekerja kilang menyedari premis di Taman Perindustrian Ringan, Taman Kempas Utama, dipecah masuk jam 7.50 pagi.
"Susulan laporan diterima, jam 5.30 petang hari sama, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menjalankan rondaan di Sungai Lalang terserempak sebuah pikap yang sepadan dengan kenderaan dilaporkan hilang.









