GUA MUSANG: Hujan lebat tiga jam menyebabkan banjir kembali melanda laluan Taman Kesedar Putra menghala ke Taman Kesedar Jaya, di sini sehingga penduduk terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar daripada penempatan mereka.
Sebelum ini penduduk terpaksa berdepan masalah sama pada 10 Oktober lalu, sebelum ia pulih selepas hampir 10 hari banjir termenung berlaku.
Kejadian dipercayai berpunca aliran air yang tersekat berikutan kerosakan sistem perparitan susulan kejadian lubang benam di kawasan berhampiran sebelum ini.
Penduduk, Ahmad Tarmizi Dollah Ahmad, 60, berkata banjir termenung itu sudah berulang tiga kali sejak hampir sebulan lalu dan mengambil masa antara lima hingga lebih 10 hari untuk surut sekiranya tiada kerja mengepam air dilakukan.









