Pembebasan awal daripada penjara menjadi hadiah Deepavali paling bermakna buat seorang prospek di Pusat Koreksional Batu Gajah apabila berpeluang menyambut perayaan itu bersama keluarga selepas lebih tiga tahun terpisah.
Key takeaways
Dua prospek di Pusat Koreksional Batu Gajah, Thilagan (36) dan Siva (33), dibebaskan awal dan dapat menyambut Deepavali serta perayaan penting bersama keluarga selepas lebih tiga tahun terpisah.
- Thilagan merayakan ulang tahun ibu dan Deepavali bersama keluarga selepas dibebaskan awal.
- Siva dibebaskan lebih awal daripada tarikh tamat hukuman pada 2 Disember dan dapat menyambut Deepavali.
- Kedua-dua prospek bertekad berubah dan mencari pekerjaan selepas penjara.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
BATU GAJAH – Pembebasan awal daripada penjara menjadi hadiah Deepavali paling bermakna buat dua prospek di Pusat Koreksional Batu Gajah apabila berpeluang menyambut perayaan itu bersama keluarga selepas lebih tiga tahun terpisah.
Lebih menyentuh hati, lelaki yang mahu dikenali sebagai Thilagan, 36, itu meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran ibunya ke-73 pada Ahad ini.
“Memang saya sangat gembira kerana dapat balik ke rumah dan sambut Deepavali bersama keluarga. Saya juga dapat sambut hari jadi mak yang kebetulan pada 8 November ini.