Melaka: Nasib malang dan prestasi kurang memberangsangkan BERSATU di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan selepas gagal memenangi sebarang kerusi tidak semestinya menggambarkan sokongan pengundi terhadap parti itu di Melaka.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun parti itu mengakui wujudnya risiko, namun ia dijangka mampu dikurangkan dengan perangan strategik serta jentera yang terlatih.

Malah katanya, keputusan BERSATU untuk bertanding di tujuh kerusi dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor menerusi pertimbangan strategik dan penelitian rapi.

"Selepas kita memberikan pertimbangan yang begitu teliti dan sangat kemas, kita berasakan jumlah yang cukup signifikan dan strategik untuk BERSATU kali ini ialah tujuh kerusi yang mempunyai potensi untuk kita menang.