DUBAI: Iran telah menghantar satu usul berhubung isu nuklear kepada Amerika Syarikat (AS) menerusi Qatar sebagai perantara, yang hanya akan dibincangkan selepas Washington memenuhi tujuh tuntutan Tehran.

Seorang pegawai kanan Iran yang enggan dinamakan, semalam memaklumkan kepada Reuters bahawa AS sedang meneliti usul berkenaan, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Terdahulu semalam, pegawai keselamatan utama Iran, Mohsen Rezaei, berkata Tehran telah mengumumkan tujuh syarat kepada AS itu.

"Selagi mereka tidak melaksanakan tujuh syarat kami, Iran tidak akan membuka semula Selat Hormuz mahupun berunding," katanya ketika mengadakan lawatan ke Russia.