Key takeaways
Projek menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM529.46 juta dijangka siap 20 Februari 2030, dengan kemajuan 57.05% pada 20 Oktober 2026, bertujuan mengurangkan risiko banjir dan menyokong bekalan air mentah 30 hari semasa kemarau melampau.
- Projek bernilai RM529.46 juta dijangka siap 20 Februari 2030.
- Kemajuan projek 57.05% pada 20 Oktober 2026, sedikit lebih tinggi sasaran 57%.
- Kolam dwi-fungsi direka mengurangkan risiko banjir 50 tahun dan menyokong bekalan air mentah 30 hari semasa kemarau melampau.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA: Projek menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal bernilai RM529.46 juta dirancang untuk mengurangkan risiko banjir, selain memperkukuh bekalan air mentah ketika kemarau melampau.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata, projek itu dijadualkan siap pada 20 Februari 2030.
Projek berkenaan mencatat kemajuan 57.05 peratus setakat 20 Oktober 2026, sedikit mendahului sasaran jadual sebanyak 57 peratus.
Kolam dwi-fungsi itu direka untuk mengurangkan risiko banjir sehingga standard kala ulangan 50 tahun, di samping menyokong bekalan sumber air mentah sehingga 30 hari ketika kemarau melampau.