Kira-kira 550 rumah terjejas akibat banjir kilat di Kampung Melayu Subang semalam, menjadikan kejadian itu yang keempat dalam tempoh 30 hari.SUNGAI BULOH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta laporan terkini projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Selangor bagi memastikan pelaksanaannya dipercepatkan susulan kejadian berulang di Kampung Melayu Subang.
Katanya, projek tebatan banjir melibatkan kerajaan negeri dan persekutuan dengan anggaran keseluruhan RM700 juta sudah diluluskan, namun pelaksanaannya perlu disegerakan, terutama di kawasan berisiko tinggi.
Menurutnya, antara kerja yang perlu diberi keutamaan ialah pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan dan pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.










