SUNGAI BULOH - Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan."Langkah mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan penting memandangkan terdapat kawasan yang dilanda banjir sehingga dua atau tiga kali."Perkara yang perlu diberi perhatian sekarang ialah bagaimana kita mahu mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan. Jika kerja pengorekan sungai sudah mempunyai kontrak, saya sudah minta supaya ia dipercepatkan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Siantan di sini pada Selasa.Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan.Anwar berkata, peruntukan RM500 juta telah disediakan oleh kerajaan Persekutuan bagi projek berkenaan, dengan nilai keseluruhan projek mencecah RM700 juta."Laporan perkembangan projek itu akan diminta pada Jumaat ini bagi meneliti langkah untuk mempercepat pelaksanaannya," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan turut mempertimbangkan pemberian bantuan tambahan kepada mangsa banjir, khususnya mereka yang mengalami kerosakan teruk apabila kediaman ditenggelami air."Bantuan sebelum ini sudah disalurkan, namun kerajaan akan meneliti setiap kes bagi menentukan bentuk bantuan tambahan yang bersesuaian."Kita akan melihat setiap kes satu per satu dan perkara ini akan diselaraskan bersama menteri besar, kerajaan negeri serta kerajaan Persekutuan," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebanyak 92 rumah dilaporkan terjejas yang mana dua mangsa dipindahkan akibat banjir di sekitar Kampung Melayu Subang susulan hujan lebat di Lembah Klang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.18 petang.Anggaran jumlah kediaman dinaiki air ialah 30 rumah di Lorong Merbau, Jalan Cengal (tujuh), Jalan Resak (lima), dan Jalan Jati (50).Pada peringkat awal terdapat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 50-an dan seorang bayi ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Siantan.
[VIDEO] Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan banjir dipercepat
Key takeaways
Kerajaan akan mempercepat projek tebatan banjir di Shah Alam selepas banjir berulang tiga kali.
- Anwar Ibrahim menyatakan keperluan mempercepat projek tebatan banjir untuk mengurangkan risiko banjir berulang.
- RM500 juta disediakan oleh kerajaan Persekutuan untuk projek tersebut, dengan jumlah keseluruhan RM700 juta.
- Kerja-kerja pelebaran sungai dan pengorekan sungai akan diberi keutamaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 3, 2026 at 3:15 PM GMT+8
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 4 kali banjir sebulan, Anwar mahu projek tebatan RM700 juta Selangor dipercepat
- Sinar Harian [VIDEO] Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan banjir dipercepat (this story)








