PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang remaja yang melakukan sumbang mahram dengan anak saudaranya sehingga melahirkan anak ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini hingga mencapai umur 21 tahun.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan perintah khidmat masyarakat selama 120 jam terhadap lelaki berusia 19 tahun itu oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 2024.Hakim Hayatul Akmal yang menyampaikan keputusan itu berkata hukuman yang dikenakan sebelum ini tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh responden dan mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mengenakan hukuman itu dengan kesalahan berkenaan.Beliau berkata mangsa merupakan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun ketika kejadian dan anak saudara kepada responden yang ketika itu berumur 14 tahun, serta kejadian persetubuhan berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumah nenek mereka di Kuala Perlis antara 12.30 malam hingga 5.30 pagi pada 14 Oktober 2021."Mangsa tidak menyedari kejadian itu dan apabila terjaga, mangsa mendapati ada kesan cecair berlendir pada bahagian kakinya. Ibu mangsa membawa mangsa ke poliklinik pada 12 Mei 2022 selepas mendapati perut mangsa kelihatan membesar dan pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung lapan bulan pada masa tersebut."Mangsa sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya telah dirogol, malah tidak menyedari dia sedang mengandung. Asas siasatan kemudiannya mengenal pasti responden adalah pelaku kesalahan tersebut dan laporan kimia mengesahkan responden merupakan bapa kandung kepada bayi yang telah dilahirkan oleh mangsa," katanya.Hakim Hayatul Akmal berkata walaupun laporan akhlak telah diberi perhatian, namun perkara itu hanyalah satu faktor yang menyumbang kepada jenis hukuman."Kami setuju bahawa perintah khidmat masyarakat selama 120 jam tidak memadai dan terdapat asas mencukupi untuk mahkamah menggunakan bidang kuasa bagi mengetepikan perintah tersebut, dan menggantikannya dengan suatu perintah setimpal."Walaupun hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat telah selesai, mahkamah ini masih mempunyai bidang kuasa untuk mengubah hukuman tersebut dengan memerintahkan responden ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini sehingga mencapai umur 21 tahun seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak," katanya.Pada 21 Februari 2024, Mahkamah Majistret Kangar memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan, selain menghadiri sesi pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, dan pada prosiding hari ini perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom, manakala responden diwakili peguam Yayasan Bantu
Sumbang mahram: Mahkamah perintah remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Key takeaways
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun selepas membenarkan rayuan pendakwaan. Keputusan ini mengetepikan hukuman khidmat masyarakat 120 jam yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan sumbang mahram yang dilakukan.
- Panel tiga hakim memutuskan hukuman asal tidak setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh responden.
- Mangsa berusia 12 tahun ketika kejadian dan tidak menyedari dirinya dirogol serta mengandung lapan bulan.
- Laporan kimia mengesahkan responden sebagai bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan oleh mangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Mahkamah India perintah pembebasan dua pemimpin CJP
- Utusan Malaysia Idan Aedan tegas, tolak tawaran berunsur sumbang mahram
- Sinar Harian Sumbang mahram: Mahkamah perintah remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney (this story)









